TAHAP-TAHAP GOUT
Mengikut kajian, Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
- 1. Asimptomatik - Yang tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda.
- 2. Akut - Dalam kes ini, tanda-tanda Gout muncul dengan cepat dan secara tiba-tiba, biasanya pada tisu lembut beberapa sendi, dan sakit akan hilang dengan kadar yang cepat.
- 3. Interkritikal - Ini adalah fasa di mana tiada serangan gout dan ini boleh berlangsung selama beberapa bulan atau juga bertahun lamanya.
- 4. Kronik - Bagi peringkat kronik pula, serangan boleh berlaku berulang kali, dipanggil 'Polyarticular Gout'. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki mungkin berubah bentuk, bengkak, merah, dan panas, termasuk demam. Kategori kronik yang sudah teruk pula, boleh berlaku kerosakan ginjal, hipertensi, dan batu karang.
Gout biasa berlaku terhadap lelaki berbanding dengan wanita. Menurut kajian gout adalah 5 kali berlaku di kalangan lelaki berbanding dengan wanita. Biasanya, ia menyerang umur antara 30 dan 50 tahun dan bagi wanita biasanya selepas menopaus.
AKUPUNTUR MELEGAKAN SERANGAN GOUT
Akupunktur didapati berkesan untuk rawatan serangan gout akut. Teknik akupunktur penting didapati sangat membantu dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan. Akupunktur dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.
RAWATAN GOUT RAWATAN PERUBATAN HERBA AKUPUNTUR
Mereka telah melakukan penelitian selama bertahun-tahun mengenai rawatan akupunktur dan rawatan herba untuk masalah dan komplikasi gout dan hasilnya sangat baik. Cara perubatan Master Cina adalah berkesan untuk rawatan gout dan kini mempunyai kurier perubatan herba khas ke mana-mana alamat anda di dunia.